Monday, August 30, 2010

DINAR dan DIRHAM KELANTAN


Kadang-kadang tingkah laku pemimpin UMNO ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan,itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh UMNO. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin UMNO 'menunjuk cerdik' memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.


Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai 'budaya pemalas', akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.


Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin UMNO untuk menghentam langkah ini. Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.


Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika UMNO / BN enggan memulakan,jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah mata wang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade.Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan.Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak.Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!


Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya,seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas. Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.


Realitinya mata wang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulahnilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.


Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini taraf pemikian seorang timbalan menteri, apapula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.


Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkandengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1, 082.00. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.00. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM 108,200.00 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400.00. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbanganyang rugi RM535 Juta pada suku kedua tahun ini!


Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duititu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.


Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usahakerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnisyang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai 'aparteid agama'.Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagiwanita? Itu aparteid apa namanya?


Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!


Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadhan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud :


"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu(ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan."


Salam Ramadhan.


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 8 Ramadhan 1431H / 18 Ogos2010M

Jana wang online
Percaya atau tidak, boleh dikatakan 99.9% pengguna internet yang menyertai perniagaan internet sebegini, sebenarnya mereka bukan mahu sangat dengan produk-produk percuma yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Tetapi sebenarnya mereka lebih berminat dengan ...sistem reverse 2 up yang menjanjikan pulangan modal dengan hanya mendapatkan seorang downline di bawah mereka. Manakala downline-downline yang diperolehi seterusnya adalah 'untung bersih' mereka tanpa perlu berbuat apa-apa... Kenapa Masih Ramai Yang Tertipu? Daripada kajian ringkas yang dilakukan, beberapa faktor telah dikenalpasti: Tiada panduan bimbingan yang lengkap, mudah difahami dan tersusun. Kurangnya pendedahan kepada hal-ehwal etika berkaitan cara menjalankan bisnes di internet dengan cara yang betul dan sah. Keinginan terbantut kerana tiada jawapan bagi setiap persoalan yang diajukan. Sikap mahu kaya cepat, tanpa perlu melakukan sebarang tindakan. Masih kabur dan tertanya-tanya dengan jumlah pendapatan yang bakal diperolehi apabila menjalankan bisnes internet dengan sendiri. Tidak tahu laman web mana yang harus dijadikan rujukan apabila ingin memulakan sesuatu perniagaan di internet. Tiada individu atau pihak tetap untuk dijadikan sumber rujukan. .....dan banyak lagi. Daripada situasi di atas, anda sepatutnya dapat melihat setiap fakta yang saya kemukakan bukan hanya sekadar cakap kosong atau saya reka sesuka hati. Semuanya berdasarkan kajian serta maklumbalas daripada semua pihak, dan apa yang mengejutkan ada di antara mereka juga pernah tertipu dengan pelbagai model bisnes internet yang ditawarkan. Situasi ini amat membimbangkan, kerana ada pihak responsif (yang memberikan maklum balas) mendakwa jumlah kerugian yang dialami oleh beliau bukan sekadar puluhan ataupun ratusan ringgit, tetapi berpuluh-puluh ribu... Lebih menyedihkan lagi apabila ada sesetengah individu yang sudah tidak percaya dengan sebarang model perniagaan yang di jumpainya di internet. Persoalannya, adakah semua perniagaan di internet semuanya penipu? Sekiranya anda juga berfikir sedemikian, saya minta anda ubah mind-set sebegitu 10 saat dari sekarang! Tidak kisah apa sebab dan faktornya, anda perlu memiliki sekurang-kurangnya sebuah panduan lengkap sebagai rujukan sebelum memulakan sebarang bisnes internet anda. http://janawangonline.tk/ =================================See More

Sunday, August 29, 2010

kenapa emas


Emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang sangat menarik untuk diketahui. Dengan mempelajari rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang amat menguntungkan.


Untuk pengetahuan anda, emas merupakan simpanan/pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang. Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang. Saya ambil contoh syiling Kijang Emas:


Harga untuk 1 Oz (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada 18 Julai 2001 ialah RM1082.00 dan pada 17 Jun 2008 – harganya ialah RM3048.00 !!!
Ini adalah kenaikan harga sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun atau purata kenaikan 25.95% setahun!!


Harga Emas dunia 10 tahun. Dalam konteks harga emas pasaran dunia, mari lihat carta ini:


Pada Jun 1998, harga emas adalah 300 USD per Oz (RM30.86/gram)


Pada Jun 2008, harga emas mencecah 890 USD per Oz (RM91.50/gram)


Ini adalah kenaikan 284% dalam 10 tahun bersamaan 28.4% setahun!


Ini jelas membuktikan bahawa pelaburan di dalam emas sangat stabil, hebat dan memberikan pulangan yang tinggi (sekitar 25 – 28% setahun)


Cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia.


Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia. Antaranya ialah:


1. Membeli emas di kedai Emas
2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
3. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
4. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank/kuwait Finance House
5. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan
6. Membeli syiling emas/gold bar Public Fine Gold.


Dengan membaca info diatas, anda akan mendapati bahawa terdapat beberapa peluang membuat pelaburan emas di Malaysia, pilihlah yang mana satu anda berkenan.

Saturday, August 28, 2010

pamp ke lady entahlah koleksi berminat ?






maple leaf canada 1/10 rm 500
1 gram rm 250
2.5 gram rm 470
10 gram rm 1650.00
1 gram bogel rm 240

nota : 1 gram poh kong still best rm 180.00

Monday, August 23, 2010

PROMOSI EMAS



SALAM..

1/20 TIKUS EMAS RM 300.00
1/10 MAPLE LEAF RM 500.00
PAMP SWIFT 2.5 GRAM RM 450.00
PAMP SWFITT 1 GRAM RM 250.00
LADY BERBOGEL 1 GRAM RM 220.00

Saturday, August 21, 2010

dulu RIBA sekarang RABA dan ROGOL



macam best jeee...entahlah

subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...

sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...

tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri...tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi...

lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...

Friday, August 13, 2010

gambar 1 gram poh kong dan 1 gram kuwait finance huose ( KFH )




salam mana yang minta gambar inilah rupanya terima kasih atas komen anda ...aduan anda didahuklukan sekian

Sunday, August 8, 2010

simpan lah dinar untuk bayar saman


salam satu malaysia...

kalau ada saman jgn bayar belilah dinar kalau dah balack list baru bayar
kalau dah sepuluh kene saman wah berapa dah jadi satu dinar kalau hari ini kene saman 10 tahun depan bayar wauuuuu fikir fikir lah

sekian..

10 juta saman ekor tak dilayan
Oleh Wan Faizal Ismayatim, Haspaizi Mohd Zain, Nor Fazlina Abdul Rahim dan Ahmad Johari Mohd Ali
bhnews@bharian.com.my
2010/08/09
Lebih sejuta kenderaan turut disenaraihitamkan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 juta notis saman ekor diabaikan atau tidak dibayar oleh pesalah trafik di seluruh negara sejak 10 tahun lalu dengan lebih sejuta kenderaan disenaraihitamkan daripada memperbaharui cukai jalan. Difahamkan, selain kenderaan persendirian dan komersial, turut disenarai hitam ialah golongan VIP, termasuk yang bergelar Datuk dengan nilai keseluruhan saman dianggarkan berbilion-bilion ringgit. Sumber memberitahu Berita Harian, jumlah saman tertinggi dikeluarkan membabitkan pemandu memandu melebihi had laju, diikuti melanggar lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan dan memotong di garisan berkembar.

“Sebahagian besar notis saman dikeluarkan kepada pemandu kenderaan persendirian, diikuti kenderaan komersial dan pengangkutan awam. Proses menyenaraihitamkan kenderaan yang dikenakan saman itu dilakukan secara berperingkat,” katanya semalam.

Sementara itu, Ketua Trafik Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof, berkata jumlah kenderaan disenaraihitamkan tinggi akibat keengganan pemandu menjawab notis POL 170A yang dihantar ke alamat kediaman berpandukan maklumat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas kenderaan mereka dikesan melakukan kesalahan.

Katanya, notis POL 170A perlu dijawab oleh pemilik kenderaan dalam tempoh seminggu sama ada mereka melakukan kesalahan berkenaan atau boleh merujuk kepada cawangan trafik untuk semakan.
“Apa yang menjadi masalah, ramai pemandu mengabaikan notis itu. Oleh kerana tiada jawapan diterima, pemilik kenderaan perlu bertanggungjawab menjelaskan kompaun selepas tiga bulan dari tarikh saman dikeluarkan, walaupun kesalahan mungkin dilakukan orang lain yang memandu kenderaan.

“Malah, jika kenderaan dipandu oleh individu lain pada masa dan tarikh dikesan melakukan kesalahan, pemilik boleh menyatakan nama individu terbabit di bahagian jawapan pada notis itu supaya orang berkenaan dikenakan saman. Mengikut undang-undang, polis boleh menyaman pemilik kenderaan yang tidak menjawab notis itu dalam tempoh seminggu, tetapi kita tidak berbuat demikian dan banyak bertolak ansur,” katanya.

Abdul Aziz berkata, selain saman serta merta yang memerlukan tandatangan pesalah, notis POL 170A atau saman ekor digunakan terhadap kesalahan memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat dan meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan.

Katanya, notis dihantar kepada pemilik kenderaan yang dikesan melakukan kesalahan lalu lintas berdasarkan rakaman kamera pengesan kelajuan yang boleh mengesan pesalah secara automatik tanpa perlu menempatkan anggota polis di sesuatu lokasi.

Alat berkenaan menggunakan prinsip kesan Doppler bagi mengukur kelajuan kenderaan dengan tepat, sama seperti sistem yang digunakan di negara maju seperti England dan Perancis.

“Kita tidak sewenang-wenangnya menghantar notis POL 170A kepada pemilik kenderaan. Malah, kita mempunyai bukti berdasarkan rakaman kesalahan. Cara ini digunakan bagi mendidik pemandu supaya lebih berhemah dan berjaga-jaga terutama di kawasan yang sering berlaku kemalangan. Kita tidak boleh tahan semua kenderaan, jadi kita menggunakan teknologi bagi mengurangkan penggunaan tenaga manusia,” katanya. Komen Anda

simpan lah dinar untuk bayar saman

salam ...

simpanlah dinar untuk bayar saman..

kisah menarik di copy paste minta maaf ambil tanpa kebenaran..

renung dan pandang pandang ----



Kisah ini terjadi pada diri Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya. Saat itu malam hari raya seperti biasanya Rasulullah S.A.W dan para sahabat membaca Takbir, Tahmid dan Tahlil di Masjidil Haram. Saat sedang bertakbir, tiba- tiba Rasulullah S.A.W keluar dari kelompok dan menepih kearah dinding. Kemudian Rasulullah S.A.W mengangkat kedua tangannya (layaknya orang berdoa) saat itu Rasulullah S.A.W mengatakan amin sampai tiga kali.

Setelah Rasulullah S.A.W mengusapkan kedua tangan diwajahnya (layaknya orang selesai berdoa) para sahabat mendekati dan bertanya, “Ya Rasulullah, apa yang terjadi sehingga engkau mengangkat kedua belah tanganmu sambil mengatakan amin sampai tiga kali?” Jawab Rasulullah S.A.W, “Tadi saya didatangi Jibril dan meminta saya mengaminkan doanya.”

“Apa gerangan doa yang dibacakan Jibril itu ya Rasulullah?” tanya sahabat. Kemudian Rasulullah S.A.W menjawab, “Kalau kalian ingin tahu inilah doa yang disampaikan Jibril dan saya mengaminkan”:

1. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia masih bersalah kepada orang tuanya dan belum dimaafkan?. Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.

2. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal ibadah kaum muslimin selama bulan Ramadhan apabila suami isteri masih berselisih dan belum saling memaafkan.? Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.

3. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal Ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia dengan tetangga dan kerabatnya masih berselisih dan belum saling Memaafkan.? Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.

Demikianlah doa yang dibaca Jibril sehingga Rasulullah S.A.W mengaminkan sampai tiga kali. Namun disini ada 4 Faktor yang membuat doa tersebut pasti dikabulkan Allah iaitu:

1. Yang berdoa Jibril Mahluk yang sejak diciptakan tidak pernah membantah dan berbuat dosa kepada Allah.

2. Yang mengaminkan doa tersebut Muhammad manusia Maksum yang telah diampuni semua dosanya.

3. Tempat berdoa adalah Masjidilharam tempat yang mendapat berkah dari Allah.

4. Waktu berdoa adalah malam aidil fitri iaitu satu diantara sepuluh malam jika kita berdoa langsung di ijabah oleh Allah.

Jadi, jika kita ingin amal ibadah kita di bulan Ramadhan ini diterima Allah, maka hindarilah tiga yang diatas kerana selama tiga persoalan di atas belum diselesaikan maka amal ibadah kita selama bulan Ramadhan masih dipending oleh Allah sampai kita menyelesaikannya.

Source: Cahaya Mukmin

Friday, August 6, 2010

JGN DITANYA MCM MANA NAK BUAT DUIT



SALAM..

ramai yang bertanya mcm mana nak buat duit gan emas nie.banyak ke dapat duit nie..sya pun tak reti nak jawab..kadang manusia tak nampak keadaaan sekeliling tin kertas palstik tue semua boleh buat duit..ini kan lagi emas hahahahah. ramai yang bertanya kongsi lah mcm mana nak dapat duit gan emas nie ..susah nak jawab paasal saya punya basic as simpanan jeeeee...kalau ada org nak beli saya jual itu pun bukan harga selling kalau ada untung seinggit 2 juallalh...bila cakap emas pg tak semua tahu yang pasti bila org tahu semua nak jadi agent..
sejarah saya menjadi agent pg falsh back sikit..sebenarnaya saya nie suka simpan duit lama yang dijual murah muarh..selalau je beli kalau ada nampak murah ..temapat pasar tani shah alam, road walk penang, pasar karat jb, atau amcorpmall kadang mana jalan jalan kalau jumpa murah selalau beli...sebab saya tahu suatu hari ada harga akan naik..ye lah nak beli tanah ke umah kee duit tiada hahahah.. pelaburan tueeee...pada awal 2009 saya ada lah member cite pasal etiqa emas , lepas tue asia ceramic sebelum nie pun aktif jugak mendengar dan mejoint kan diri dalam mlm ( crosss way, high way, bio ray , )tak pernah masuk pi dengar talk jee dapat makan freeee jadilah...apa apa pun kene tanya diri sendiri bolehkah aku buat nieeeee itu yang menjadi persoalan..saya ada lah jadi byg red coffe itu pun pasal member poromete gila dah nampak proudk dia balik umah baut kopi jelah...rm 70 inggit kot tak inggt.. dah ..
kadang tanya dalam hati bila nak goyang kaki duk umah jeee ..itu try masuk asia ceramic modal rm 1700 kot main sendiri pusing kalau cari org bawah dapat komisen ...masuk dalam 3 bulan rasa mcm konfident pasal diad main pusing sendiri sebulan dapat rm 100 kot last sekali mcm kofident cite kat bosss ...bossss cakap paling baguis melabus emas lah selamat ..masa tue dinar kelnatan dia beli satu dinar 300 lebih kot sekarang 550..saya pun search internet pasasl gold jumpalah juatwan emas emaspublicgold nieee....pada awal beli just nak buat koleksi satu set jeee hahaha ...saya ingat bank public mcm org kat luar sana masih ingat public bank punaya/....saya pun beli emas pg 50 garm masa tue 5400 inggit saya gi bank rakyat saya gadai melabutr lagi dalam asia ceramic..ingat boleh bayar builan boleh tebus baru sebulan masuk dah kene siasat gan bank negara ...terus lebusr sama gan etriqa emas lah nie... saya gadai pun ikut mcm blog jutawan emas sama pokli kot...lepas tue saya pun tebus lah emas saya dan beli lagi 10 dinar ...sekali naik saya untung kat 2 ribu itu saya pun jadi teruja semenjak itu saya terus cerita kat org kampung...ramai yang tahu cuma cakap mana nak simpan , tiada duit nak beli, tak selamat baik simpan duit kat bank...saya pun promte dan buka minada semua kat ofis /..last ada sorangopis kat beli kat 15k kot masa tue saya tak jadi agent cuma saya tolong member saya pi jumpa org tue beli emasss..saya cakap cik idr saya tak terlibat kalau emas nei tipu ke ...sebeb bayang 15k tur kalu jadi apa apa jgn marah saya anadaikata esok turun merudm yelah first time 15 k tu ..sekarang berapa 40k hahaha biasa jual beli hahaha..ye ke nie..beli kalau emas nie tipu keee atau esok publicgold tutup saya cakap saya tak terliabt yang saya cakap emas bagus simpanan long ternm jeee...
saya sebenarnya agent dah ajak joint pg saya cakap tak bermiant ..oleh kerana saya selalu cerita pasal kebaikan emAS NIe dan selalu beli bagi pihak org emas nie ..ada yang minta komisen lagi ..padahal tak dapat komisen pun...last sekaliu saya fiker saya baik saya buat loan beli eams apa salah nya menambankan huatng hahhahaah ..duit kan wat apa pun beli eams jheeee kalau nak settle hutang jual emas jeeee hahahaahah...kalau ada org nak beli biasa saya potong 0.75% kalau dapat murah jual murah lah tak ikut pg punaya lahaha...cuma saya nasihat ini emas kalau tak percaya boleh test..kalau nak jual saya beli kalau ada duit kalau tiada saya tolong jualkan kat pg ...kalau pg tutup saya pun tak bertanggungjawab tapi kene faham yang beli di beli itu emas tiada masalah...sekali dah jual beli naik lah nama jadi normal agent seklai lagi nama master dealer tueee..ramai yang tanya kenal ke pokli ke nel ke syukor saya cakap tak kenal ada lah baca blog dia org mcm syukor ada sekali dengar ceranmah dia saya je mcm blog ..ada jugak yang jumpa saya kalau nak jumpa syukor saya cakap saya pun tak kenal syukor.. ada member saya cakap cik syukor baik layan sms kalau call minta pabnadagan dia layan..tak sombong saya rasa mcm tue juagk pasal blog jutawan emas yang duklu ada c box yang melonjakkakn saya sebagai master dealer..tq syukor jsaa di kenang.. ramai yang tanya dah ramai org bawah ( saya cakap saya long ranger jeee tak promote pun sangat kalau klau ada duit nak jadi agent jadilah akalu tak ada duit berminat nak jadi agent ..saya cakap tak yah susay beli je gan saya awak potong jeee 1.5% sama jeee tak yah tunggu pg nak bagi 1.5% hahahah senanag jeeee...mcm ah fooo punya konsep tak yah gi pg dah potong 1.5% gi hantar lagi naik kte baru lagi hahahahahaha...saya ada seorang customer ram dia cakap kalau tak sialp emas kalau sepuluh tahun lagi boleh capai 350 inggir kot segram dia cakap dulu 30 inggit je segaram ada kedai alat muszik saya suka dia pasal dia cakap saya simpan emas kalau untung 50 60 inggit saya tolak pulak mcm komisen kita lah..kalau ada duit simpan dalam bank tara guna ..bijak hijak..

ituy lah minum gi kopi kandok tak mengantuk lah pulak hahahaha..nasihat ;--

1)jgn denagr cakap org. ambil aura dulu emas nieee mulakan satu atau satu dirham..
2) kne faham dulu jgn org gadai kita gadai ( saya pun tak berapa pandai gadai sebab asas simpanan jee )
3) beli emas kalau ada duit lebih jeeee
40 setahun pun belum tentu emas nie akan naik kene inagt tueeee tapi long term memamng naik
5) belilahj emas sebagai tabungan simapan je lah sudah nie semua nak jadi agent pg abis siapa nak beli hahahahhaha...
6) emaaaaaas lain pun boleh kijang emas , uob, pamp, ok jugak emas tueeee ..kalau nak suruh bini nak jagok sikit tau elegent beli lah emas besar hahaha kat dia simapanan aset jugak tueeee...
70 zakat emas 85 gram cukupo haulk kuar yeeee...

tq ...kalau tak faham mcm biasa lah yeeee...

Wednesday, August 4, 2010

BULAN OGOS




TANIAAH...

1) 1/8/2010 CIK D SUBANG 50 GRAM RM 6700.00
2) 1/8/2010 CIK AM KUANTAN SATU DINAR RM 560.00
30 3/8/2010 CIK AM KUANTAN 3 DINAR 20 GRAM RM 4350.00
3/8/2010 mr af kota kinabalu 7 dinar rm 3890
4) 4/8/2010 MR RAM KELANG 70 GRAM RM 9400.00
5) 4/8/2010 CIK AM KUANTAN 20 GARAM RM 2700.00
14/8/2010 cik din kelang 3 dinar rm 1710
16/8/2010 tuan s sepang selangor 20 gram rm 2720.00
17/8/2010 puan e sunway , pyramid selangor 20 gram 2750.00
19/8/2010 yani klang satu dinar 550.00
23/8/2010 ah foo kota kinabalu 4 dinar 2240.00
24/8/2010 adi selayang 20 dan satu dinar gram 3340
26/8/2010 yani satu dinar 550
27/8/2010 adi selayang 40 gram 5440.00
28/8/2010 wa k trg satu dinar 575.00
31/8/2010 cik n banting selangor 20 gram 2800.00

nOTA ; PERINGATAN INI BUKAN SKIM CEPAT KAYA

Sunday, August 1, 2010

PARKING BIAR BERTEMPAT



SALAM..

PEteang ahad 1/8/2010 gilah jual emas 50 gram sembang gan abg ke pakcik entahlah...lepas abis urusniaga gilah the store shah alam... tengah cari parking nampak mcm pokok tumbang adalah kete sebuah kene hempak dek pokok kepik habis hancur luluh hati mebnengoknya..sebenanrtnya bukan pokok tumbang tapi ada pihak kontarktor tebang pokok dan satu pokok hemap kete wira nie kesian tengok lupa pulak nak tangkap gambar ..apa lah beli fone canggih tak digunakan..

selepas parking saya pun sama parking kat pokok rhu sederet gan kete yang kene hempap kesian..lepas saya turun tanya siapa punya kete ..tuan kete tue budak pinjam kete ayah kot tanya apa pasal ..org tue tebang pokok hempap kete dia dan tanya apa cerita ..dia cakap kontraktor tue cakap dah awak silap parking temapat tak benar parking awak claim insurans jelah ...wah itu kadang saya fikir entah kita kene guna budi bicara ye lah dah tahu kete banyak buat keje jugak ..entyah lah

lepas beli brg terus je pi kat kete wah sayang kete baru woi 2 minggu baru kuar wau mana tahu kontrak tor wat gila tebang pokok kat kete i pulak menangis woii terus jual emas lagi nak beli kete baryu hahahahha.. kringggg kringggg ambo call nak 4 dinar ala saya bawak satu dinar so ingat nak balik ambil sekali ambo calll dajh ada deapan jusco so saya pun ada depan jusvcpo so antar lah satu dinar jeee..gosip mengatakan ambo datang kl adalah betul ...taniah kepadsa ambo yang telah menaiki kete baru ambo ..hahaha anda bila lagio

ahahha maklum komputer baru dah besat banyak bende nak buat hahahhaha semioaga hari esok lebih ceria hahahahaha


moral nya : 1)parking lah kete temapt yang disediakan tapi entah cukup ke parking nie ?

2) dah duduk malayisia ikut peraturan yang ada dah kene saman jgn nak bising hahahhaha bayar je lah

3) kadang kita kene guna budi bicara jgn main lanyak je ( entah lah appa budi bicara pun tak tahu )


sekian tq ....