Monday, June 6, 2011

NILAI DUIT KITA DULU,KINI DAN SELAMANYA

Hari ini, kita belajar mengira inflasi duit kertas yang ada hari ini apabila ianya tidak lagi disandarkan kepada emas atau perak atau sebarang komoditi berharga.



Dahulu, duit kita adalah emas dan perak , tapi hari ini, duit kita hanya helaian kertas yang dicop nilainya.



Takpe, kita kira dulu buat perbandingan.

...


Sebelum tu, sila rujuk gambar 1 ringgit tahun 1907 dalam gambar di link bawah ini.



http://coincollecting.a-z-series.com/one-dollar-1907-1909-king-edward-vii-straits-settlements-coins/



Berat 1 ringgit = 27 gram perak 90% atau = 24.3 gram perak tulen



Ketika tahun itu 1907 , gaji guru di Penang dan harga beras dilakarkan seperti berikut

http://viweb.freehosting.net/vir_Shaida.htm

"Their salary (teacher) was about $80 a month. Rice was sold at 8 gantang for a dollar"



Sekarang kita memasuki fasa baru, iaitu timbangan.



Apa itu gantang?



Kita merujuk manusia pada zaman itu .



rujukan kita : http://www.sizes.com/units/gantang.htm



Other sources say , in the Straits Settlement a gantang was 32 imperial gallon.

1 imperial gallon (about 4.56 liters or 1.2 U.S. gallons)





** sumber lain mengatakan , di Straits Settlement , 1 gantang bersamaan 32 imperial gallon.

1 imperial gallon = 4.56 liter ,

32 imperial gallon = 145.92 liter



Melalui ujikaji yang dibuat oleh seorang sahabat saya , beliau menggunakan beras jenama "AAA Beras Bukit" yang bila ditimbang



1 liter = 820g ;

4.56 liters x 0.82kg = 3.739 kg



1 gantang straits settlement = 3.74kg (of rice) x 32 = 119.65kg (beras)



Ingat , 1 ringgit tahun 1907 boleh beli 8 gantang beras.

119.65kg x 8 gantang = 957.22kg



1 ringgit boleh membeli 957.22 kg beras.



Gaji guru pada tahun 1907 adalah 80 ringgit.

80 ringgit x 957.22 kg = 76 576kg beras.

Secara kasar , gaji seorang guru sebulan adalah 80 ringgit atau 76 576 kg beras.



Mari kita mengira gaji guru-guru kita pada hari ini. (secara perabndingan )



Ni kita ambil gaji guru yang bekerja di sekolah, atau institusi swasta, gaji kasar RM 5000 sebulan.



Harga beras hari ini, 1 kg = RM 3.20

RM 5000 / 3.20 = 1562.5 kg beras.



Maksudnya, gaji guru kita satu bulan hari ini = 1562.5 kg beras.



Cuba kalian letak beza antara gaji guru tahun 1907 dan hari ini.



1907 - 80 ringgit = 76 576 kg beras

2011 - RM 5000 = 1562.5 kg beras



Ada beza tak?



Tahun 1907 - 1 ringgit boleh beli 957 kg beras.

Tahun 2011 - RM 1 boleh beli - 0. 312 kg beras sahaja .atau 312 GRAM sahaja.



Kalian lagi suka gaji dibayar dengan duit kertas lagi?



Inilah yang terjadi bila duit tak guna barang bernilai sebenar.

Kalian ingat lagi kan kisah duit daun pisang zaman jepun?





Sekarang ni, waktu untuk kembali kepada duit emas (dinar) dan duit perak (dirham).



Kalian nak tunggu duit kertas kalian tak bernilai baru terhegeh-hegeh?

Cepat sebelum terlambat.

See More

No comments:

Post a Comment