Monday, August 30, 2010

DINAR dan DIRHAM KELANTAN


Kadang-kadang tingkah laku pemimpin UMNO ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan,itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh UMNO. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin UMNO 'menunjuk cerdik' memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.


Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai 'budaya pemalas', akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.


Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin UMNO untuk menghentam langkah ini. Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.


Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika UMNO / BN enggan memulakan,jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah mata wang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade.Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan.Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak.Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!


Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya,seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas. Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.


Realitinya mata wang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulahnilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.


Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini taraf pemikian seorang timbalan menteri, apapula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.


Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkandengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1, 082.00. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.00. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM 108,200.00 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400.00. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbanganyang rugi RM535 Juta pada suku kedua tahun ini!


Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duititu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.


Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usahakerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnisyang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai 'aparteid agama'.Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagiwanita? Itu aparteid apa namanya?


Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!


Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadhan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud :


"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu(ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan."


Salam Ramadhan.


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 8 Ramadhan 1431H / 18 Ogos2010M

Jana wang online
Percaya atau tidak, boleh dikatakan 99.9% pengguna internet yang menyertai perniagaan internet sebegini, sebenarnya mereka bukan mahu sangat dengan produk-produk percuma yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Tetapi sebenarnya mereka lebih berminat dengan ...sistem reverse 2 up yang menjanjikan pulangan modal dengan hanya mendapatkan seorang downline di bawah mereka. Manakala downline-downline yang diperolehi seterusnya adalah 'untung bersih' mereka tanpa perlu berbuat apa-apa... Kenapa Masih Ramai Yang Tertipu? Daripada kajian ringkas yang dilakukan, beberapa faktor telah dikenalpasti: Tiada panduan bimbingan yang lengkap, mudah difahami dan tersusun. Kurangnya pendedahan kepada hal-ehwal etika berkaitan cara menjalankan bisnes di internet dengan cara yang betul dan sah. Keinginan terbantut kerana tiada jawapan bagi setiap persoalan yang diajukan. Sikap mahu kaya cepat, tanpa perlu melakukan sebarang tindakan. Masih kabur dan tertanya-tanya dengan jumlah pendapatan yang bakal diperolehi apabila menjalankan bisnes internet dengan sendiri. Tidak tahu laman web mana yang harus dijadikan rujukan apabila ingin memulakan sesuatu perniagaan di internet. Tiada individu atau pihak tetap untuk dijadikan sumber rujukan. .....dan banyak lagi. Daripada situasi di atas, anda sepatutnya dapat melihat setiap fakta yang saya kemukakan bukan hanya sekadar cakap kosong atau saya reka sesuka hati. Semuanya berdasarkan kajian serta maklumbalas daripada semua pihak, dan apa yang mengejutkan ada di antara mereka juga pernah tertipu dengan pelbagai model bisnes internet yang ditawarkan. Situasi ini amat membimbangkan, kerana ada pihak responsif (yang memberikan maklum balas) mendakwa jumlah kerugian yang dialami oleh beliau bukan sekadar puluhan ataupun ratusan ringgit, tetapi berpuluh-puluh ribu... Lebih menyedihkan lagi apabila ada sesetengah individu yang sudah tidak percaya dengan sebarang model perniagaan yang di jumpainya di internet. Persoalannya, adakah semua perniagaan di internet semuanya penipu? Sekiranya anda juga berfikir sedemikian, saya minta anda ubah mind-set sebegitu 10 saat dari sekarang! Tidak kisah apa sebab dan faktornya, anda perlu memiliki sekurang-kurangnya sebuah panduan lengkap sebagai rujukan sebelum memulakan sebarang bisnes internet anda. http://janawangonline.tk/ =================================See More

Sunday, August 29, 2010

kenapa emas


Emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang sangat menarik untuk diketahui. Dengan mempelajari rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang amat menguntungkan.


Untuk pengetahuan anda, emas merupakan simpanan/pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang. Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang. Saya ambil contoh syiling Kijang Emas:


Harga untuk 1 Oz (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada 18 Julai 2001 ialah RM1082.00 dan pada 17 Jun 2008 – harganya ialah RM3048.00 !!!
Ini adalah kenaikan harga sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun atau purata kenaikan 25.95% setahun!!


Harga Emas dunia 10 tahun. Dalam konteks harga emas pasaran dunia, mari lihat carta ini:


Pada Jun 1998, harga emas adalah 300 USD per Oz (RM30.86/gram)


Pada Jun 2008, harga emas mencecah 890 USD per Oz (RM91.50/gram)


Ini adalah kenaikan 284% dalam 10 tahun bersamaan 28.4% setahun!


Ini jelas membuktikan bahawa pelaburan di dalam emas sangat stabil, hebat dan memberikan pulangan yang tinggi (sekitar 25 – 28% setahun)


Cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia.


Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia. Antaranya ialah:


1. Membeli emas di kedai Emas
2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
3. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
4. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank/kuwait Finance House
5. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan
6. Membeli syiling emas/gold bar Public Fine Gold.


Dengan membaca info diatas, anda akan mendapati bahawa terdapat beberapa peluang membuat pelaburan emas di Malaysia, pilihlah yang mana satu anda berkenan.

Saturday, August 28, 2010

pamp ke lady entahlah koleksi berminat ?






maple leaf canada 1/10 rm 500
1 gram rm 250
2.5 gram rm 470
10 gram rm 1650.00
1 gram bogel rm 240

nota : 1 gram poh kong still best rm 180.00

Monday, August 23, 2010

PROMOSI EMAS



SALAM..

1/20 TIKUS EMAS RM 300.00
1/10 MAPLE LEAF RM 500.00
PAMP SWIFT 2.5 GRAM RM 450.00
PAMP SWFITT 1 GRAM RM 250.00
LADY BERBOGEL 1 GRAM RM 220.00

Saturday, August 21, 2010

dulu RIBA sekarang RABA dan ROGOL



macam best jeee...entahlah

subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...

sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...

tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri...tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi...

lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...

Friday, August 13, 2010

gambar 1 gram poh kong dan 1 gram kuwait finance huose ( KFH )




salam mana yang minta gambar inilah rupanya terima kasih atas komen anda ...aduan anda didahuklukan sekian

Sunday, August 8, 2010

simpan lah dinar untuk bayar saman


salam satu malaysia...

kalau ada saman jgn bayar belilah dinar kalau dah balack list baru bayar
kalau dah sepuluh kene saman wah berapa dah jadi satu dinar kalau hari ini kene saman 10 tahun depan bayar wauuuuu fikir fikir lah

sekian..

10 juta saman ekor tak dilayan
Oleh Wan Faizal Ismayatim, Haspaizi Mohd Zain, Nor Fazlina Abdul Rahim dan Ahmad Johari Mohd Ali
bhnews@bharian.com.my
2010/08/09
Lebih sejuta kenderaan turut disenaraihitamkan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 juta notis saman ekor diabaikan atau tidak dibayar oleh pesalah trafik di seluruh negara sejak 10 tahun lalu dengan lebih sejuta kenderaan disenaraihitamkan daripada memperbaharui cukai jalan. Difahamkan, selain kenderaan persendirian dan komersial, turut disenarai hitam ialah golongan VIP, termasuk yang bergelar Datuk dengan nilai keseluruhan saman dianggarkan berbilion-bilion ringgit. Sumber memberitahu Berita Harian, jumlah saman tertinggi dikeluarkan membabitkan pemandu memandu melebihi had laju, diikuti melanggar lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan dan memotong di garisan berkembar.

“Sebahagian besar notis saman dikeluarkan kepada pemandu kenderaan persendirian, diikuti kenderaan komersial dan pengangkutan awam. Proses menyenaraihitamkan kenderaan yang dikenakan saman itu dilakukan secara berperingkat,” katanya semalam.

Sementara itu, Ketua Trafik Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof, berkata jumlah kenderaan disenaraihitamkan tinggi akibat keengganan pemandu menjawab notis POL 170A yang dihantar ke alamat kediaman berpandukan maklumat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas kenderaan mereka dikesan melakukan kesalahan.

Katanya, notis POL 170A perlu dijawab oleh pemilik kenderaan dalam tempoh seminggu sama ada mereka melakukan kesalahan berkenaan atau boleh merujuk kepada cawangan trafik untuk semakan.
“Apa yang menjadi masalah, ramai pemandu mengabaikan notis itu. Oleh kerana tiada jawapan diterima, pemilik kenderaan perlu bertanggungjawab menjelaskan kompaun selepas tiga bulan dari tarikh saman dikeluarkan, walaupun kesalahan mungkin dilakukan orang lain yang memandu kenderaan.

“Malah, jika kenderaan dipandu oleh individu lain pada masa dan tarikh dikesan melakukan kesalahan, pemilik boleh menyatakan nama individu terbabit di bahagian jawapan pada notis itu supaya orang berkenaan dikenakan saman. Mengikut undang-undang, polis boleh menyaman pemilik kenderaan yang tidak menjawab notis itu dalam tempoh seminggu, tetapi kita tidak berbuat demikian dan banyak bertolak ansur,” katanya.

Abdul Aziz berkata, selain saman serta merta yang memerlukan tandatangan pesalah, notis POL 170A atau saman ekor digunakan terhadap kesalahan memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat dan meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan.

Katanya, notis dihantar kepada pemilik kenderaan yang dikesan melakukan kesalahan lalu lintas berdasarkan rakaman kamera pengesan kelajuan yang boleh mengesan pesalah secara automatik tanpa perlu menempatkan anggota polis di sesuatu lokasi.

Alat berkenaan menggunakan prinsip kesan Doppler bagi mengukur kelajuan kenderaan dengan tepat, sama seperti sistem yang digunakan di negara maju seperti England dan Perancis.

“Kita tidak sewenang-wenangnya menghantar notis POL 170A kepada pemilik kenderaan. Malah, kita mempunyai bukti berdasarkan rakaman kesalahan. Cara ini digunakan bagi mendidik pemandu supaya lebih berhemah dan berjaga-jaga terutama di kawasan yang sering berlaku kemalangan. Kita tidak boleh tahan semua kenderaan, jadi kita menggunakan teknologi bagi mengurangkan penggunaan tenaga manusia,” katanya. Komen Anda