Sunday, August 8, 2010

simpan lah dinar untuk bayar saman


salam satu malaysia...

kalau ada saman jgn bayar belilah dinar kalau dah balack list baru bayar
kalau dah sepuluh kene saman wah berapa dah jadi satu dinar kalau hari ini kene saman 10 tahun depan bayar wauuuuu fikir fikir lah

sekian..

10 juta saman ekor tak dilayan
Oleh Wan Faizal Ismayatim, Haspaizi Mohd Zain, Nor Fazlina Abdul Rahim dan Ahmad Johari Mohd Ali
bhnews@bharian.com.my
2010/08/09
Lebih sejuta kenderaan turut disenaraihitamkan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 juta notis saman ekor diabaikan atau tidak dibayar oleh pesalah trafik di seluruh negara sejak 10 tahun lalu dengan lebih sejuta kenderaan disenaraihitamkan daripada memperbaharui cukai jalan. Difahamkan, selain kenderaan persendirian dan komersial, turut disenarai hitam ialah golongan VIP, termasuk yang bergelar Datuk dengan nilai keseluruhan saman dianggarkan berbilion-bilion ringgit. Sumber memberitahu Berita Harian, jumlah saman tertinggi dikeluarkan membabitkan pemandu memandu melebihi had laju, diikuti melanggar lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan dan memotong di garisan berkembar.

“Sebahagian besar notis saman dikeluarkan kepada pemandu kenderaan persendirian, diikuti kenderaan komersial dan pengangkutan awam. Proses menyenaraihitamkan kenderaan yang dikenakan saman itu dilakukan secara berperingkat,” katanya semalam.

Sementara itu, Ketua Trafik Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof, berkata jumlah kenderaan disenaraihitamkan tinggi akibat keengganan pemandu menjawab notis POL 170A yang dihantar ke alamat kediaman berpandukan maklumat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas kenderaan mereka dikesan melakukan kesalahan.

Katanya, notis POL 170A perlu dijawab oleh pemilik kenderaan dalam tempoh seminggu sama ada mereka melakukan kesalahan berkenaan atau boleh merujuk kepada cawangan trafik untuk semakan.
“Apa yang menjadi masalah, ramai pemandu mengabaikan notis itu. Oleh kerana tiada jawapan diterima, pemilik kenderaan perlu bertanggungjawab menjelaskan kompaun selepas tiga bulan dari tarikh saman dikeluarkan, walaupun kesalahan mungkin dilakukan orang lain yang memandu kenderaan.

“Malah, jika kenderaan dipandu oleh individu lain pada masa dan tarikh dikesan melakukan kesalahan, pemilik boleh menyatakan nama individu terbabit di bahagian jawapan pada notis itu supaya orang berkenaan dikenakan saman. Mengikut undang-undang, polis boleh menyaman pemilik kenderaan yang tidak menjawab notis itu dalam tempoh seminggu, tetapi kita tidak berbuat demikian dan banyak bertolak ansur,” katanya.

Abdul Aziz berkata, selain saman serta merta yang memerlukan tandatangan pesalah, notis POL 170A atau saman ekor digunakan terhadap kesalahan memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat dan meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan.

Katanya, notis dihantar kepada pemilik kenderaan yang dikesan melakukan kesalahan lalu lintas berdasarkan rakaman kamera pengesan kelajuan yang boleh mengesan pesalah secara automatik tanpa perlu menempatkan anggota polis di sesuatu lokasi.

Alat berkenaan menggunakan prinsip kesan Doppler bagi mengukur kelajuan kenderaan dengan tepat, sama seperti sistem yang digunakan di negara maju seperti England dan Perancis.

“Kita tidak sewenang-wenangnya menghantar notis POL 170A kepada pemilik kenderaan. Malah, kita mempunyai bukti berdasarkan rakaman kesalahan. Cara ini digunakan bagi mendidik pemandu supaya lebih berhemah dan berjaga-jaga terutama di kawasan yang sering berlaku kemalangan. Kita tidak boleh tahan semua kenderaan, jadi kita menggunakan teknologi bagi mengurangkan penggunaan tenaga manusia,” katanya. Komen Anda

No comments:

Post a Comment